Gambar Hiasan

MetMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir Di Labuan Dan Tujuh Negeri

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Labuan serta tujuh negeri sehingga jam 12 tengah hari ini.

Dalam kenyataan, MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat di Kedah ialah Langkawi, manakala di Perak meliputi Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak, Perak Tengah, Larut Matang dan Kerian.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Pahang, iaitu Maran, Temerloh, Bentong, Bera dan Rompin, selain Sabak Bernam di Selangor.

Di Johor, kawasan yang dijangka terjejas ialah Segamat, Tangkak dan Muar.

Sementara itu, di Sarawak, amaran dikeluarkan bagi Mukah, meliputi Tanjung Manis dan Daro, serta Miri.

Bagi Sabah, kawasan terlibat merangkumi Pantai Barat, iaitu Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar; Pedalaman, melibatkan Membakut, Beaufort dan Kuala Penyu; serta Kinabatangan di Sandakan.

Sumber: Harian Metro

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *