Gambar Hiasan

Anggota Polis Ditahan Disyaki Terima Rasuah RM15,000 Daripada Pengedar Dadah

ALOR SETAR – Seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM15,000 daripada seorang pengedar dadah sejak dua tahun lalu.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir untuk memberikan keterangan di pejabat SPRM Kedah kira-kira jam 2 petang tadi.

Menurut sumber, suspek dipercayai menerima wang rasuah antara RM200 hingga RM2,500 setiap bulan menerusi transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadinya.

Bayaran tersebut dipercayai sebagai balasan untuk melindungi kegiatan pengedaran dadah serta menghalang tindakan penguatkuasaan undang-undang di negeri ini.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan berkenaan sepanjang tahun 2024.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Sumber : Kosmo Online

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *