Gambar Online

Anwar Tegaskan Keganasan Terhadap Anggota Penguat Kuasa Tidak Boleh Diterima

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam insiden seorang anggota polis yang putus pergelangan tangan kanan selepas diserang seorang lelaki warga asing di Kepong, petang Rabu.

Anwar berkata, sebarang bentuk perbuatan jenayah dan keganasan, khususnya yang menyasarkan anggota penguat kuasa ketika menjalankan tanggungjawab melindungi keselamatan rakyat, sama sekali tidak boleh diterima.

“Tindakan tegas mesti diambil terhadap sebarang perbuatan jenayah tanpa mengira siapa pelakunya demi mempertahankan kedaulatan undang-undang serta menjamin keselamatan anggota penguat kuasa yang bertugas.

“Saya mendoakan agar anggota berkenaan segera diberi kesembuhan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, anggota polis yang putus pergelangan tangan kanan akibat diserang menggunakan parang itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sumber : Sinar Harian Online

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *