DAP Pilih Kekal Dalam Kerajaan Perpaduan Hingga Tamat Penggal

PUTRAJAYA: Parti Tindakan Demokratik (DAP) memutuskan untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tamat penggal Parlimen ke-16.

Keputusan itu dicapai menerusi undian sulit pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026 yang berlangsung pada 16 Ogos lalu.

Daripada keseluruhan undi sah, sebanyak 1,857 undi atau 88.2 peratus menyokong keputusan untuk kekal dalam kerajaan, manakala 242 undi atau 11.5 peratus memilih supaya parti itu keluar daripada gabungan pentadbiran berkenaan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, keputusan majoriti perwakilan memberikan mandat kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) serta pemimpin parti yang berada dalam kerajaan untuk meneruskan tanggungjawab mereka.

Menurutnya, mandat itu juga membolehkan DAP terus memberi tumpuan kepada pelaksanaan agenda reformasi dan janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan.

Keputusan berkenaan sekali gus memperlihatkan sokongan majoriti perwakilan terhadap pendirian DAP untuk meneruskan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal semasa.

Berdasarkan keputusan rasmi, sebanyak 2,099 undi sah direkodkan daripada 2,106 kertas undi yang dikeluarkan, manakala tujuh kertas undi dikategorikan sebagai rosak.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *