Najib Dijangka Jelaskan Denda RM50 Juta Bagi Tahanan Rumah Hari Ini
KUALA LUMPUR – Denda berjumlah RM50 juta yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Razak bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah dilaporkan akan dibayar hari ini.
Menurut sumber, bayaran berkenaan akan dibuat oleh wakil bekas Perdana Menteri itu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Pada 18 September lalu, bekas Ahli Parlimen Pekan itu menerima pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang membolehkannya menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Najib, 73, sebelum ini dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun serta denda RM210 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.
Beliau didapati bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Sumber : Kosmo Online

