SPR Umum Tarikh PRN Sarawak, Pengundian Pada 12 Disember
KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Disember ini sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, hari penamaan calon pula akan berlangsung pada 28 November, manakala pengundian awal ditetapkan pada 8 Disember ini.
Menurutnya, tempoh berkempen bagi pilihan raya berkenaan ditetapkan selama 14 hari.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan urusan serta tarikh-tarikh penting PRN Sarawak di sini, hari ini.
Sumber : Sinar Harian Online

