Keadaan jerebu di Indonesia

32 Syarikat Disiasat Susulan Kebakaran Hutan Dan Tanah Di Indonesia

JAKARTA – Kementerian Perhutanan Indonesia mengenakan sekatan pentadbiran terhadap 32 syarikat yang disyaki terlibat dalam kebakaran hutan dan tanah, melibatkan kawasan konsesi dengan keluasan keseluruhan 1.93 juta hektar, lapor Xinhua yang memetik Menteri Perhutanan, Raja Juli Antoni, hari ini.

Antoni berkata, kira-kira 18,000 hektar tanah dalam kawasan konsesi berkenaan terjejas akibat kebakaran.

Beliau menambah, tindakan terbaharu itu merangkumi penggantungan operasi enam syarikat serta arahan supaya mereka memulihkan ekosistem yang mengalami kerosakan.

Menurutnya, kementerian juga boleh memulakan prosiding jenayah terhadap syarikat terbabit sekiranya siasatan menemukan bukti pelanggaran undang-undang.

Antoni berkata, kementerian berkenaan kini mengendalikan 120 kes berkaitan kebakaran hutan dan tanah, dengan perkembangan lanjut dijangka diumumkan minggu depan.

Sumber : Berita Harian Online

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *